Isnin, Oktober 04, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sayang seribu kali sayang. Orangnya muda, bijak laksana. Tetapi akibat kuasa, diri merana. Akidahnya punah ek nafsu serakah. Dunia punya pasal, Azmin tidak kisah. Yang penting beliau disangjung megah.

Bait - bait puisi itu ditujukan khusus buat si Hero Berkemban yang mendapat kecaman secara berterusan kerana tindakan beliau yang dianggap menghina Negarawan Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamed. Beliau mengkiaskan Tun sebagai individu yang 'tersungkur' di Melbourne, Australia. Punyalah biadapnya seorang yang bangga diri sebagai Melayu.

Beliau sudah lupa daratan dek kerana sokongan sebilangan ahli PKR terhadapnya dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR. Baru bertanding Timbalan Presiden baru. Belum jadi Presiden lagi. Kalau dah jadi Presiden, mak bapak dia sendiri pun dia kritik juga.

Sebelum ini, beliau menyifatkan Zaid Ibrahim sebagai 'baru' dalam politik. Sedangkan diri beliau sendiri selama ini hanya sekadar 'Hamba Sahaya' Anwar sahaja. Sama ada ketika zaman Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga sekarang. Azmin tidak ubah seperti seorang 'Jester' yang hanya pandai menghiburkan hati ketuanya.

Siapa kenal Azmin Ali sebelum ini? Siapa dia? Namanya hanya muncul pada tahun 1999 berikutan kes Anwar dan Shamsidar. Sebelum itu, dimana kedudukan beliau? Baru dicalonkan bertanding jawatan Timbalan Presiden, berani nak cabar Negarawan Malaysia? Tak sampai 10 tahun, baru inilah kita dengar nama beliau.

Mungkin Azmin sudah lupa bahawa kekayaan yang dimiliki hari ini bukan sebab pembangkang menang beberapa buah Negeri sahaja. Malah sebelum ini pun beliau bergantung harap kepada Anwar Ibrahim juga sewaktu si Ketua Penipu itu dalam kerajaan. Maka beliau turut mendapat keuntungan dizaman Tun M menjadi Perdana Menteri. Sekarang beliau sudah jadi kacang yang melupakan kulit? Atau adakah lebih sesuai dengan ungkapan, 'His just like a dog, wagging his tail behind his master'.

Apa sumbangan Azmin kepada Negara sebelum ini? Sesungguhnya Tun Mahathir sudah banyak berjasa kepada beliau. Sekurang - kurangnya, beliau harus menghormati Tun bukan hanya kerana beliau bekas Perdana Menteri Malaysia, tetapi sebagai seorang yang sudah berusia lebih tua daripadanya. Ke Tok Guru tak ajar cara - cara menghormati orang tua?

Sedarlah diri sikit. Jangan jalan mendongak sangat ke langit. Terlanggar pokok, muka sendiri juga yang songgeh. Hapah pun tak guna. Hidup ini jangan kita bersikap sombong. Mungkin Allah beri kita ke senangan di dunia. tetapi diakhirat kelak, kita juga yang merana. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Hakikatnya, ini taktik mereka yang mahu mengelakkan diri dari terus dihentam dan dikritik oleh rakyat akibat kepincangan serta kelemahan mereka dalam pemilihan baru - baru ini. Jangan ingat rakyat bodoh macam lu la Azmin.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping