Isnin, Oktober 04, 2010


...Kepimpinannya Kian Dipertikaikan...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Semakin hari, semakin ramai pula orang yang menyatakan rasa kecewa mereka terhadap Naib Presiden PKR ini. Mereka kecewa dengan sikap beliau yang suka memandang rendah terhadap orang lain dan hanya membanggakan dirinya sahaja. Yang sering diucapkan oleh beliau hanya kata - kata memburukkan orang lain seperti yang beliau lakukan terhadap Tun Mahathir sebelum ini. Malah beliau juga turut menghentam Calon Timbalan Presiden PKR, Zaid Ibrahim dengan mengatakan beliau masih mentah dalam PKR. Jangankan nak beri peluang.

Terbaru, Loh Gwo-Burne yang juga ahli Parlimen Kelana Jaya tampil menyatakan beliau kecewa dengan sikap Azmin Ali. Bagi beliau, tindakkan Azmin Ali memburuk - burukkan Zaid dengan pelbagai panggilan seperti desperado adalah sesuatu yang tidak wajar. Bagi beliau, sebagai seorang yang senior bertanding jawatan Timbalan Presiden cukup menyedihkan.

Loh juga menambah bahawa Naib Presiden itu mudah lupa dengan 'sambutan meriah' yang diberikan oleh PKR sewaktu Zaid mula - mula menyertai mereka. Maka dengan itu, beliau merasakan bahawa Zaid juga perlu dihormati kerana beliau mempunyai pengalaman dalam bidang politik.

"Kelihatan seolah-olah beberapa pemimpin parti mengamal "double standard", memilih untuk menyerang calon kerana wawancaranya tersiar di akhbar arus perdana dan pada masa yang sama, memejamkan mata apabila calon yang satu lagi berbuat demikian," terangnya.

Jelas, kenyataan Loh itu juga merujuk kepada amaran yang dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim dalam Sinar harian hari ini.

Dah nak buat macam mana. Orang Gila Kuasa. Apa sahaja pun sanggup dilakukannya. Termasuklah memburuk - burukkan orang lain. Lagi pun itulah ilmu yang diturunkan oleh Anwar kepada Azmin. Lihat sahaja tingkah laku si Ketua Penipu itu. Semata - mata mahukan jawatan Perdana Menteri, sanggup menjaja keburukan Negara ke Negara - Negara Asing. Jadi, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Tambahan pula si Azmin ini 'anak emas' kesayangan Anwar. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping