...Dah Takde Idea Lain dah Agaknya...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kita pegang kata - kata mereka ini. Jika mereka juga turut menabur janji nanti, kita ulang semula kenyataan mereka. Sebab bagi Ketua Penerangan mereka, BN seperti biasa akan menabur janji dan menggunakan sumber kewangan untuk menarik undi.
Tetapi dalam masa yang sama, mereka juga gagal melaksanakan janji - janji mereka. Jika tidak, takkan si Tikus itu kata dia kecewa dengan puak pembangkang sebab tidak menunaikan janji mereka.
Dan di Kelantan, biar macam mana sekali pun Kerajaan negeri mengumpul wang, ianya bukan untuk pembangunan rakyat. Sebaliknya ia hanya untuk menguntungkan sesetengah pihak sahaja. Jika tidak, mereka tidak akan ungkit mengenai isu jambatan di Manik Urai. Kerana tidak ada kroni mereka yang dapat keuntungan jika ianya dilaksanakan.
Jelas, dengan sandiwara awal yang dipermainkan oleh PAS ini menunjukkan indikasi bahawa mereka sebenarnya gentar dengan Barisan Nasional terutamanya UMNO. Mana tidaknya. Orang harapan mereka juga turut menerima tawaran sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Galas. Jadi mereka sudah tidak ada alasan untuk memainkan isu royalti minyak keran yang banyak pegang bukti (kononnya) ialah Ku Li.
Jadi, akibat kekeringan ide untuk 'berperang' nanti, mereka berjanji tidak akan berjanji. Tetapi hanya menuntut janji yang dibuat di Manik Urai sahaja. Dalam masa yang sama, adakah mereka akan menunaikan janji mereka? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.