Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dah terdesak sangat dah nampak gayanya PAS sekarang ni di Galas. Sampai dah sanggup berkawan dengan Orang UMNO di sana. Semuanya dilakukan semata - mata nak memecah belahkan Pengarah Pilihanraya Kecil Galas, Ku Li dengan ahli - ahli UMNO lain.
Kononnya mereka dakwa sedang berusaha keras untuk mengekalkan calon mereka di PRK tersebut. Calon tersebut ialah Saufi Deraman yang juga bekas ADUN Galas sebelum beliau tewas pada 2008. Mereka juga mendakwa kononnya Ku Li telah menikam belakang Saufi dengan mengambil alih kerusi Ketua Bahagian. Bagaimana boleh dikatakan 'tikam belakang' sekiranya Saufi sendiri yang memberi laluan? Pelik dakwaan ini.
Punya lah takut mereka nak serang Ku li sendiri sampai terpaksa menggunakan orang UMNO untuk melakukannya. Bukan apa. Jika mereka hentam beria sangat nanti takut Ku Li berubah fikiran. Maklumlah, Ku Li kan saksi utama mereka dalam tuntutan Royalti minyak nanti. Malah mereka sanggup membuat spekulasi kononnya calon BN nanti terdiri daripada bekas pemimpin - pemimpin Semangat 46.
Inilah dia diantara sandiwara PAS tatkala menjelangnya PRK Galas nanti. Nampak sangat mereka sudah ketandusan idea untuk menyerang dan menjadi modal bagi menghadapi PRK tersebut. Nak guna isu minyak, dah masuk mahkamah. Nak serang Ku Li sebagai Ketua PRK, takut Ku Li lari. Jadi, terpaksalah mereka 'berkawan' dengan 'orang' UMNO. Habis semua maruah digadainya. Mana pergi prinsip mereka selama ini? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Kalau betul apa yang dilaporkan, kenapa tak paparkan gambar 'orang UMNO' tu? Berani kerana benar.

PAS dengan psy-war mereka... Jangan sekali2 terpengaruh hendaknya para pengundi di Galas nanti...
BalasPadam