Isnin, Oktober 04, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Semut rasa, semua orang dah sedia maklum mengenai insiden kekecohan dalam Mesyuarat Agung dan sesi Pemilihan PKR semalam. Banyak juga blog yang menyiarkan berita mengenai insiden bergaduh dan baling - baling kerusi. Insiden yang sebelum ini hanya dapat kita lihat di sidang Parlimen Taiwan sahaja.

Rupanya dah berjangkit ke Malaysia. Nasib baik bukan dalam Parlimen. Tapi jika mereka mengambil alih kepimpinan Negara nanti, siapa tahu ye tak?

Dalam gambar yang disiarkan oleh House PK dan Perak Today, Semut terperasan satu perkara yang membuatkan Semut tertanya - tanya sendirian. Lihat gambar dibawah. Selain dari kerusi yang dibaling dan gambar orang yang bergaduh, ada satu sudut yang terlepas pandang. Lihat bulatan dengan garisan putus - putus.

Adakah ianya gambar seorang budak? Atau beliau juga salah seorang yang layak untuk memilih dan turut dibenarkan hadir dalam Mesyuarat? Jika benar, habis anak - beranak terlibat. Semuanya kena tipu. Apa nak jadi dengan mereka ini?

Takkan mereka tidak sedar yang kanak - kanak itu berada ditengah - tengah pergaduhan mereka? Tidakkah mereka terfikir bahawa tindakan mereka turut membahayakan kanak - kanak tersebut? Malah apa yang dibuat oleh wanita - wanita dalam gambar ini? Takkan berdiri sahaja disitu? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. takan budak tu pon nak dijadikan isu ? kalu kt rumah dorang tinggalkan budak tu lagi bahayakan..kot2 nak bangkang pkr cr la isu lain x releven ar

    BalasPadam
  2. atleast, takpayah la nak bwk anak yg boleh ditinggalkan utk mengaji kat surau/rumah jiran utk tgk mak bapak baik pny dok 'bersilat'.

    BalasPadam
  3. isu kat sini bukan membangkang tapi keselamatan kanak2...kat rumah kalo xde org nak jaga, xkan xde jiran yg boleh tgk2 kan budak tu?kalo kene kerusi atas kepale budak tu mcm mane?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping