Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dalam laporan yang Semut baca semalam, Azmin dikatakan telah mendapat kemenangan mudah bagi menewaskan pencabarnya dalam Mesyuarat Agung PKR Cabang Gombak. Beliau dikatakan mendapat undi terbanyak dalam pemilihan tersebut.
Dilaporkan Azmin telah mendapat undian sebanyak 273 secara majoriti menewaskan pesaingnya, Bakar Niggal.
Tetapi lain pula jika dilihat dalam laporan akhbar hari ini. Kelihatan Azmin sedang memberikan ucapan didalam sebuah dewan yang hampir kosong. Hanya beberapa baris sahaja yang penuh dengan orang ramai. Yang lainnya ke mana? Pergi mengundikah? Takkan pihak berkenaan mengambil gambar ini sewaktu sesi Taklimat. Kebiasaannya bagi sesi taklimat petugas, ianya akan diadakan secara tertutup dan dilakukan di Pejabat, bukan didewan.
Persoalan Semut disini ialah dari mana datangnya pengundi seramai lebih kurang 400 orang dalam Mesyuarat tersebut?
Malah untuk menimbulkan spekulasi dewan itu kosong juga tidak masuk akal kerana meja dibarisan hadapannya dipenuhi oleh Ahli Jawatankuasa Cabang tersebut. Jadi, jika benar sesi Pemilihan Cabang PKR Gombak semalam lengang seperti didalam gambar ini, maka tidak hairanlah mengapa Azmin boleh menang selesa. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.