Jumaat, Oktober 01, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Apakah sebabnya seseorang itu menyimpan dendam didalam hatinya sehingga menjadi barah yang tidak mungkin dapat diubati lagi? Adakah ianya disebabkan kekecewaan terhadap individu tertentu? Atau adakah kerana didikan yang kurang sewaktu kita membesar?

Sesungguhnya, sifat suka berdendam ini merupakan salah satu penyakit kronik Hati manusia. Hati manusia itulah tempat duduknya Iman. Jika hati itu berpenyakit, maka iman itu juga akan turut rosak. Yang pastinya, jika dendam kesumat ini masih kekal wujud didalam hati manusia itu walaupun individu terbabit sudah memohon maaf, pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Itulah keadaannya apabila kita berbicara dengan Mursyidul Am PAS mengenai Perpaduan Ummah UMNO dan PAS. Pasti beliau tidak ketinggalan menyatakan kekecewaan yang mendalam beliau terhadap Barisan Nasional. Beliau mendakwa Barisan Nasional yang bertanggungjawab mengkhianati mereka.

Terbaru, mereka dilihat masih berdendam apabila enggan meluluskan geran tanah kepada Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) biarpun bayaran premium sudah dijelaskan pada tahun 2006. Pihak KESEDAR yang mahu memajukan tanah berkenaan dimana ia mampu di manfaatkan oleh 4000 warga miskin tegar dikawasan yang brekenaan. Tetapi perkara itu tidak difikirkan oleh Kerajaan PAS Kelantan yang diketuai oleh Nik Aziz.

Lepas tu mereka dengan sewenang - wenangnya menuduh Kerajaan Pusat tidak mahu membantu dan menyalurkan bantuan. Semuanya tipu helah mereka sahaja. Jelas, mereka sebenarnya mahu rakyatnya hidup dalam keadaan daif dan menidakkan mereka bagi sebarang bentuk Pembangunan. Hanya disebabkan dendam kesumat terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

Adakah begitu halnya dengan Mursyidul Am PAS itu? Dendam kesumat beliau masih berpanjangan walaupun sudah berkali - kali dijelaskan dan permohonan maaf dikeluarkan? Mustahil begitu nipis Iman seorang Tok Guru kerana tewas dengan dendam kesumat ini sahaja? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. laaa...baru tahu ke tuan. org tua tu lebih sanggup tgk rakyat negeri pimpinan dia susah daripada mendapat kemudahan asas. walaupun ustaz dan belajar agama tp tgk le Allah SWT tu duga dia sebegitu rupa pun masih tak nak sedar2.
    alamat dendam atas kelemahan sendiri tu akan dibawa sampai mati le tu....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping