Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sesi perbahasan usul agama dan pendidikan hari ini dihangatkan lagi dengan pembentangan dari Wakil Wilayah Persekutuan. Beliau menggesa seluruh ahli agar berjuangan dengan ikhlas. Beliau menggesa agar seluruh ahli UMNO berlaku ikhlas dalam 5 Perkara iaitu:
1. Ikhlas kepada Allah S.W.T dengan beriman dan bertaqwa kepada Yang Maha Esa, serta melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya,
2. Ikhlas kepada Rasulullah S.A.W dengan melaksanakan segala sunnahnya,
3. Ikhlas kepada Ibu Bapa dengan menghormati mereka,
4. Ikhlas kepada Pemimpin dengan menuruti amanat mereka, dan yang paling penting,
5. Ikhlas kepada diri sendiri dengan tidak menginaya diri sendiri.
Maka renungkanlah. Sejauh mana kita sebagai umat Islam benar - benar melaksanakan apa yang disuruh oleh Allah S.W.T dengan menegakkan kebenaran dan menjauhi dari kebatilan? Adakah ahli - ahli UMNO itu benar - benar ikhlas dalam perjuangan mereka? Tepuk dada, tanya selera. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.