Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Cadangan dari wakil Ulama Muda UMNO hari ini wajar dijadikan realiti. Apayang Semut faham, cadagan dan pandangan ini sepatutnya sudah lama dilaksanakan oleh UMNO dan seluruh keahliannya. Tidak terkecuali Bagi pemimpin - pemimpinnya.
Wakil Ulama Muda UMNO pagi tadi juga turut mencadangkan kepada pihak kepimpinan tertinggi agar diwujudkan Majlis Ulama UMNO (MUU) agar dapat mempertimbangkan serta bergerak menjalankan dakwah Islam kepada seluruh rakyat Malaysia. Ini kerana parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu ternyata gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka yang sepatutnya dilaksanakan.
Beliau juga turut mengajak dan mengesa ahli - ahli UMNO agar mengumarahkan Masjid - Masjid yang ternyata disediakan serta dibina oleh Kerajaan. Ahli - ahli UMNO perlu menggunakan kemudahan dan fasiliti yang sedia ada ini agar ianya tidak disia - siakan.
Pelbagai program boleh dilaksanakan bagi memantapkan iman dan taqwa kepada Allah S.W.T dikalangan masyarakatan setempat. Malah turut meningkatkan kefahaman dalam ilmu Fadhu Khifayahdan menyemai semangat kesukarelawan dikalangan generasi muda.
Beliau menyeru agar Masjid dan Surau ini kembali dijadikan pusat tumpuan masyarakat Islam dengan wujudnya pelbagai program. Dan ahli UMNO juga wajar menggalas tanggungjawab mengembalikan kegemilangan Masjid sebagai mercu tanda Islam seperti yang pernah dikecapi suatu ketika dahulu.
Masjid boleh dijadikan pusat bagi merapatkan ukhwah sesama ummah. Malah boleh mengeratkan lagi silaturahim dan mengelakkan sifat - sifat sombong dan bangga diri. Mendekatkan diri dengan masjid mampu melahirkan sifat - sifat merendahkan diri dan sentiasa berasa insaf. Bi'iznillah. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Semut harap, usul cadangan mewujudkan Majlis Ulama UMNO ini tidak akan diulang lagi dimasa akan datang sudah lah.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.