
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Jika kita menelusuri kelahiran Parti Keadilan Rakyat atau Semut lebih suka ianya dikenali sebagai Parti Keldaikan Rakyat itu, rasanya semua tahu dimana ianya bermula. Semuanya berpunca apabila Anwar Ibrahim, si Ketua Penipu itu dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri sekitar tahun 1998. Selain masalah korupsi yang sering dielakkan oleh beliau, Parti KeAdilan (ADIL) ditubuhkan bagi memperjuangkan keadilan pihak beliau semata - mata.Dasar ini masih berterusan sehingga ke hari ini dalam kes Liwat yang turut melibatkan beliau. Maka adalah tidak salah sekiranya Semut menyatakan bahawa PKR ditubuhkan bagi memperjuangkan Keadilan hanya untuk Anwar semata - mata. Bukan untuk rakyat sebenarnya.
Perkara ini turut mendapat persetujuan dari salah seorang Calon Timbalan Presiden PKR, Zaid Ibrahim. Beliau secara 'subconcous'nya mempersetujui dasar tersebut. Malah perjuangan 'One Issue Party' itu tidak menguntungkan bagi sesiapa pun kecuali Anwar Ibrahim. Dasar tersebut katanya hanya tidak bermanfaat dan tidak menguntungkan. Beliau turut menyatakan bahawa Parti tersebut perlu memperbaiki dirinya sendiri sebelum memikirkan untuk memperbaiki Negara.
Saranan Semut kepada Zaid dan juga seluruh ahli PKR mudah sahaja. Bubarkan sahaja Parti tersebut. Habis cerita. Buat apa menghabiskan masa rakyat untuk memperbaiki sesuatu yang sememangnya sudah rosak dari sejak mula? Malah yang mahu memperbaikinya tidak ubah seperti 'Tikus Membaiki Labu'. Zaid juga sepatutnya memperbaiki dirinya sendiri sebelum mahu memperbaiki parti dan seterusnya memperbaiki Negara. Diberi peluang tersebut sebelum ini pun beliau gagal dan beralih arah. Apatah lagi untuk mengubah sesuatu yang sudah sedia buruk. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.