Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Laporan berita hari ini juga turut menyiarkan 'Ugutan' si Tikus Raja Petra Kamaruddin terhadap PKR dan pembangkang. Beliau berbuat demikian berikutan kegagalan puak pembangkang itu gagal melaksanakan janji yang telah mereka lakukan dalam manifesto PRU 2008. Oleh kerana kecewa dengan tindakan tersebut, beliau mengugut untuk tidak lagi menyokong pakatan pembangkang.
Beliau kononnya memberi kata dua kepada Ketua Penipu supaya segera menunaikan janji - janji tersebut. Namun bagi menjawab persoalan itu, si Ketua Penipu memberikan kenyataan yang berbelit:
Kenyataan tersebut juga turut disiarkan dalam portal Malaysiakini.
Sudah jelas lagi nyata. Si Tikus sendiri mengakui pembangkang hanya pandai bercakap dan tidak tahu buat kerja. Jadi kenapa beliau masih bersama mereka? Adakah beliau terlalu bodoh atau terlalu cerdik untuk kekal mempercayai apa yang telah dijanjikan oleh si Ketua Penipu dan konco - konconya?
Yang jelas, seperti kata Anuar Shaari bekas Setiausaha Sulit Anwar bahawa semua ini hanya wayang mereka untuk meredakan perhatian rakyat terhadap krisis dalaman PKR pada ketika ini. Ternyata mereka gagal dan sebaliknya ia membogelkan lagi kredibiliti PKR dimata masyarakat umum.
Mana tidaknya, seorang penyokong kuat yang hari - hari makan duit PKR pun kata pembangkang gagal menunaikan janji mereka dan hampir hilang kepercayaan kepada mereka. Inikan pula rakyat yang belum tentu dapat apa - apa. Itu baru janji dengan rakyat diperingkat Kerajaan negeri. Kalau dah memerintah negara nanti, macam mana la agaknya? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.