Selasa, Oktober 05, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Selepas fiasco atau perang dalaman DAP Selangor, nampak gayanya ia sudah beralih ke Perak. Kali ini ia melibatkan Nga dan Ngeh yang dihentam hebat oleh Timbalan DAP Perak, Kulasegaran.

Kulasegaran sebelum ini telah membatalkan sidang medianya dan mengumumkan perletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi DAP Negeri. Beliau memberitahu pemberita, Pemimpin atasan mengarahkan beliau untuk bertindak sedemikian dan mengambil cuti semetara.

“Just finished DAP leadership meeting in Ipoh. Sad day as I will announce what is lacking in Perak leadership 2molo n why I have 2 leave 4good,” he tweeted Friday.

Pertembungan diantara Kula dan Ngeh-Nga berlaku apabila Ahli Parlimen Ipoh Barat tersebut secara terbuka mengkritik Ngeh dan Nga kerana gagal mentadbir Perak sebelum ini. Kenyataan beliau turut disokong oleh ADUN Jelapang, Hee Yit Foong.

Bagaimana pun, Penasihat Seumur Hidup DAP Lim Kit Siang turut menasihatkan Kula untuk memikirkan semula soal perletakkan jawatan tersebut. Sementara beliau pergi bercuti, Lim Kit Siang meminta Kula agar mempertimbangkan kesan dan akibat yang bakal dihadapi oleh DAP jika tindakan tersebut diambil.

Akibat takut diserang secara terbuka oleh Kula, Ngeh mewakili sepupunya Nga yang juga Setiausaha DAP Negeri membuat sidang media agar pertikaian tersebut dihentikan. Ianya berikutan cabaran Kula sebelum ini untuk berdebat dengan mereka secara terbuka mengenai kepincangan yang berlaku. Seterusnya beliau sanggip memohon maaf secara terbuka dan beranggapan pertikaian tersebut boleh diselesaikan secara dalaman.

Setelah mendengar nasihat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Kula sedia menurutinya agar kepincangan DAP tidak dipertontonkan kepada masyarakat umum. Maka secara tidak lansungnya, DAP sekali lagi mahu menyembunyikan perkara yang sebenar dari pengetahuan rakyat. Kenapa tidak diteruskan sahaja? Adakah rakyat tidak ada hak untuk tahu mengapa secara tiba - tiba Kula mengamuk?

Seperti ada udang disebalik batu. Yang jelas, DAP hanya tahu bermain sembunyi - sembunyi dengan rakyat. Biarlah rakyat terus ditipu oleh mereka. Mampukah mereka jujur dan telus dalam tindakan mereka selama ini? Satu angan - angan kosong yang tak mungkin menjadi kenyataan. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping