Selasa, Oktober 05, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Astargfirullahalazim. Banyak - banyakkan lah kita beristirgfar. Terutama buat sahabat Semut, Dato Shahaniza Shamsudin, ADUN Kuala Sentul tu. Sekadar berpesan demi kebaikan pun dikritik orang. Angkara jahil dunia, manusia sanggup melupakan segala - galanya.

Hanya semata - mata pesanan ADUN Kuala Sentul itu kepada Peneroka Felda yang bercadang mahu mengambil tindakan undang - undang terhadap Felda, Peguam yang mewakili mereka turut menghentam Dato Shahaniza. Suhaimi Said mengatakan bahawa YB Dato Shahaniza menghina Peneroka apabila beliau meminta peneroka yang terlibat agar bersyukur. Nauzubillah.

Diminta bersyukur pun kira menghina ke? Pelik juga peguam sorang ni. Mungkin dia terlepas pandang maksud ayat Surah Al-Asr' agaknya yang bermaksud:

"Demi Masa. Sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian. Kecuali mereka yang sentiasa beramal soleh. Mereka yang saling berpesan dengan kebenaran. Dan saling berpesan dengan kesabaran".

Maka adalah wajar bagi Suhaimi Said itu memperbanyakkan baca Al - Qur'an dari menimbulkan sengketa dikalangan manusia. Berpesanlah dengan kebenaran dan dengan kesabaran. Nasihat Semut buat Dato Shahaniza juga. Setiap perkara yang baik kita lakukan diatas muka bumi ini pasti akan disusuli dengan ujian dari Allah S.W.T agar kita sentiasa mengingatinya. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

1 ulasan:

  1. Sebenarnya memang ramai peneroka yang bersyukur dengan kehidupan mereka sekarang berbanding sebelum menyertai Felda,tapi ada penyangak yang hadir merosakkan kedamaian dunia peneroka Felda demi kepentingan sendiri.Mempengaruhi peneroka yang tidak pandai bersyukur..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping