Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Perbahasan hari ini dimulakan dengan sesi Perbahasan Usul Agama dan Pendidikan. Semut sempat mendengar wakil dari Ulama UMNO sebentar tadi.
Antara lain beliau menyatakan bahawa hari ini Islam mengalami tentangan hebat bukan sahaja diluar negara, malah di dalam negara sendiri. Beliau menyatakan bahawa kewujudan Islamfobia atau takutkan Islam dalam konteks yang negatif merupakan satu 'miss conception' yang jelas.
Salah faham atau salah tafsir ini jelas menular dalam masyarakat Islam serta rakyat Malaysia khususnya. Malah keadaan inilah yang mengakibatkan seseorang itu merasakan dirinya maksum dan tidak melakukan sebarang kesilapan. Sehinggakan individu terbabit tidak boleh ditegur lansung oleh orang lain.
Maka dengan sewenang - wenangnya mereka boleh membuat sebarang fatwa mengikut kefahaman mereka sendiri. Yang menghairankan, pengikut - pengikut mereka percaya tanpa sebarang persoalan. Seperti yang berlaku dalam sejarah pembunuhan Saidina Ali Al Khattab yang mana beliau telah dibunuh oleh seorang Guru Al - Qur'an. Oleh kerana termakan hasutan dan dakyah - dakyah yang tidak benar, beliau tetap merasakan dirinya benar. Walau pun hakikatnya, apa yang dilakukan beliau itu ternyata salah.
Wakil tersebut juga menyatakan bahawa Islam juga turut mengalami Transformasinya yang tersendiri. Sebagai contoh, dizaman pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq, Al - Qur'an mula dibukukan. Perkara ini sehingga mengakibat para sahabat tertanya - tanya adakah ianya boleh dilakukan atau tidak. Kerana ianya tidak pernah diusulkan sewaktu Nabi Muhammad S.A.W masih hidup.
Namun kerana khuwatir ayat - ayat suci itu hilang kerana semakin ramai Hafiz Al - Qur'an yang syahid dimedan perang. Hasilnya, hari ini kita masih boleh membaca dan menghayati ayat - ayat suci tersebut seterusnya menyebarkannya kepada generasi akan datang.
Demikian juga dengan himpunan hadis - hadis yang dilaksanakan semasa zaman Saidina Umar Al - Khattab. Seterusnya kelahiran para - para Ulama tersohor dunia dengan buku - buku tafsir serta kitab - kitab mereka. Sebagai contoh Imam Al - Ghazalie dengan Kitab Ihya Ulumuddinnya yang menjadi rujukan sehingga hari ini.
Bayangkan diri kita hari ini tanpa transformasi tersebut. Mampukah kita menatap dan menghayati serta menjadikan Al - Qur'an sebagai pedoman dalam kehidupan kita? Dengan adanya Al - Qur'an dan Sunnah yang dibukukan serta dikumpul itulah menjadi rujukan kita pada hari ini. Matlamatnya agar kita tidak terpesong dari ajaran yang sebenar - benarnya. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.