Isnin, November 29, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Hari ini jelas membuktikan bahawa saman bukanlah satu - satunya jalan penyelesaian dalam menghadapi sesuatu masalah.

Gabungan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini telah menyerahkan 20 kes pertama yang ada pada mereka agar ianya dapat diselesaikan oleh Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK).

Penyerahan itu telah dibuat oleh Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di Parlimen hari ini.


Antara masalah yang dikemukakan termasuk isu peneroka yang disingkir, dan permasalahan agihan pusaka kepada generasi kedua Felda.

Datuk Ahmad Maslan dalam sidang media turut memberi jaminan akan meneliti masalah tersebut dan memanjangkan perkara itu kepada BAPAK.

BAPAK adalah sebuah biro yang ditubuhkan dibawah NGO, Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Rozali Ismail.

Ini membuktikan bahawa ada kaedah dan saluran lain yang boleh digunakan untuk membuat satu - satu aduan. Bukan hanya tahu bercakap dan mempertikaikan sahaja seperti sesetengah orang.

Apabila banyak cakap dan hanya tahu mempertikai, maka akan timbulnya fitnah. Sebab itu sebelum ini Mazlan Aliman enggan berdebat dengan Datuk Ahmad Maslan berkenaan dengan isu Felda.

Inilah cara hidup manusia yang bertamadun. Tahu guna saluran yang betul dari terus memalukan diri dengan buat dakwaan yang bukan - bukan. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping