Sabtu, November 20, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Ketua Penipu Rakyat, si Anwar Ibrahim itu agaknya masih tak sedar diri. Mungkin pepatah Inggeris, Quit while you still ahead, tidak diaplikasikan dalam kehidupan beliau.

Malam semalam beliau disambut dengan kecaman oleh beberapa orang ahli parti yang mendesak seupaya beliau berundur sewaktu memberi taklimat. Kumpulan tersebut terdiri daripada 100 orang ahli lengkap dengan kain rentang berkumpul di Dataran Shah Alam.

Mereka yang membuat bantahan tersebut diketuai oleh Calon Ketua Cabang Kota Raja, S. Kottapan menggesa pemimpin parti agar membatalkan pemilihan segera.

Kain rentang yang dibawa turut tertera kata - kata "Anwar, Azmin Undur" dan "Selesaikan Masalah Peribadi Sebelum Selesai Masalah Parti".

Kottapan ketika ditemui pemberita menyatakan bahawa mereka mengadakan demonstrasi aman itu bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pemilihan peringkat cabang dan MPP yang dicemari penipuan dan rasuah.

Anwar dalam taklimatnya malam itu turut menyelar aid Ibrahim kerana menyerang PKR menggunakan 'media UMNO'.

Bagi Semut, insiden ini mesti mereka akan tuduh UMNO yang jadi dalang dan tulang belakang. Nanti mereka akan tuduh UMNO tanpa sebarang bukti yang sah. Kalau ada bukti pun, mereka tidak akan menyiarkannya.

Jadi bila lagi Anwar dan Azmin nak berundur? Setakat ini hampir sudah hampir 500 orang ahli menyatakan tidak puas hati dengan pemilihan. Atau adakah mereka akan terus tidak mengendahkan desakan ahli dan akar umbi PKR? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

2 ulasan:

  1. Hai Semut Hitam.
    Saya ni bukanlah ahli politik aktif... boleh kata atas pagar je. Pun begitu sangat mengikuti rapat perkembangan politik negara. Zaman Al-J dipecat pecat dulu memang saya tanpa ragu-ragu jadi penyokong setiap ceramah dan kempen mereka. Sebelum Ezam cabut tinggalkan PKR, saya terlebih dahulu telah nampak sendiri ketidakjujuran Al-J ni... khasnya dalam agihan kerusi PKR masa PRU-12 dan manipulasi sinteman org Cina dan India oleh Al-J semata-mata nak menang buatkan saya serik dan terus MELUAT dengan Al-J dan berazam utk sumbangkan apa juga yang mampu dihulurkan utk telungkupkan PKR/Al-J dlm PRU-13.

    Soalan saya, mengapa si Nazri Aziz terselamat daripada serangan Bloger berbanding KJ? Apa ilmu Nazri ni?... Hamlau ni juga amat-amat dibenci masyarakat umum (Melayu)

    BalasPadam
  2. Ada kisah ke mengenai si Nazri Aziz tu?
    Jika ada, apa kisahnya?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping