Isnin, November 01, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Inlah diantara bukti jelas kurangnya kesedaran sivik dalam diri mereka. Kerana rakus menarah dan merampas tanah rakyat untuk membuka 'Ladang Rakyat', keadaan alam sekitar tidak mereka endahkan.
Kerja - kerja menarah bukit dan menggondolkannya berlaku secara berleluasa tanpa mengenal sempadan. Tidak kurang juga mereka ini lansung tidak mengendahkan pencemaran alam sekitar dengan pembalakkan dan menarah tanah yang tidak terkawal seperti ini.


...Kegagalan Cerun Mengakibatkan Tanah Runtuh...

Akibatnya, berlaku kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur. Ini juga membawa kepada kegagalan cerun bukit serta merosakkan pemandangan alam. Jelas ianya adalah akibat kurang bertanggungjawab pihak yang berkenaan terutamanya dari Kerajaan Negeri.

Mahu atau tidak, pihak Kerajaan Nasional juga yang terpaksa memperbaiki keadaan. Kerajaan Pusat juga yang kena membaiki kemusnahan yang mereka telah lakukan. Ini membuktikan keprihatinan Kerajaan Pusat dan tanggungjawab menjaga alam sekitar. Itupun mereka tidak tahu hendak mengucapkan terima kasih. Pun mereka kata Kerajaan Pusat tidak bertanggungjawab. Jelas, betapa jumudnya pemikiran mereka.

Berapa lama lagi aktiviti ini akan diteruskan? Adakah kita akan terus membiarkan mereka merosakkan alam sekitar seperti yang sedang berlaku ini? Adakah kita mahu menunggu sehingga habis hutan ini dibotakkan baru kita mahu menyesal? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Sampai bila BN nak layan kerenah PAS ni, dia buat tahi kita kena gali lubang dan kambus tahinya. Rakyat tak insaf juga, masih juga sokong parti macam ini, tak bertangungjawab.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping