Isnin, November 01, 2010

...Bujang Tapi Sudah Berkahwin???...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Dengar - dengar katanya ada fail hilang berkaitan dengan calon PAS, Dr. Zulkeflli Mohamad baru - baru ini. Semut pada mulanya tidak tahu fail apa. Yang Semut tahu, fail berkaitan tanah orang asli itu sudah disangkal oleh Tengku Razaleigh.

Dakwaan yang mengatakan beliau sengaja menyorokkan fail berkaitan tanah milik orang asli itu tidak masuk akal. Seperti mana yang dijelaskan oleh Ku Li, sepatutnya soalan itu ditanya kepada Pejabat Tanah kerana mereka yang menyimpannya. Kenapa beliau pula yang dipersalahkan?

Akhirnya, barulah Semut tahu fail apa yang berkaitan dengan Dr. Zul itu. Rupanya isu percanggahan mengenai status beliau itu yang menjadi pertikaian. Kata bujang, tapi ada isteri. Jika ada isteri, kenapa tidak diumumkan dan tidak ada kenduri? Dengar kata, ada kenduri. tetapi kenduri kecil sahaja.

Bukankah perkahwinan adalah diantara 3 perkara yang perlu diwar - warkan untuk mengelak fitnah? Jadi salah siapa sekiranya orang mempertikaikan status beliau itu, beliau sendiri atau rakyat yang memang tak tahu?

Jelas bahawa calon PAS itu tidak dikenali rakyat sehinggakan status beliau sendiri pun menjadi tanda tanya. Sejauh mana kebenaran yang mereka katakan bahawa fail itu hilang? Bagaimana mungkin fail tersebut boleh hilang begitu sahaja tanpa sebarang rekod lain yang disimpan?

Jika sebelum ini, berdegar - degar mereka kata nak saman. Kononnya dakwaan khalwat itu satu tuduhan yang besar, maka tindakan undang - undang akan diambil.

Seperti yang Semut katakan, mereka hanya tahu menyebut sahaja untuk saman. Tapi tindakannya? Kalau benar tuduhan itu hanya fitnah semata - mata, buatlah laporan. Saman lah pihak yang berkenaan. kenapa perlu ia ditangguh - tangguhkan? Ini bukan masalah parti, tetapi maruah dan moral beliau sendiri. Jadi, tunggu apa lagi? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping