Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Walaupun secara lahiriahnya, mereka dianggap pernah bercanggah pendapat dan pandangan. Namun semangat perjuangan yang kental terhadap agama, bangsa dan Negara sentiasa didahulukan. Demikian gambaran yang dapat Semut berikan mengenai ulasan Tun Mahathir terhadap keadaan semasa.
Tun berasa yakin bahawa Barisan Nasional akan mendapat kemenangan di kedua - dua kawasan yang sedang menghadapi Pilihanraya Kecil ketika ini. Sama ada di Galas atau di Batu Sapi, Barisan Nasional mempunyai peluang yang cerah untuk mencapai kejayaan.
Hal demikian disebabkan keadaan politik semasa parti pembangkang yang menghadapi masalah dalaman. Malah hubungan diantara pakatan juga mula goyah pada ketika ini.
"...Saya fikir BN mempunyai peluang cerah kerana prestasi pembangkang tidak berapa baik sangat. Kini mereka berkelahi sesama sendiri dan sebagainya. Jika mereka menang dan menjadi kerajaan, ia akan menjadi bencana kepada negara...”
Laporan dari Utusan Online.
Maka bagi semua Jentera Barisan Nasional yang berada di Galas dan Batu Sapi adalah diharapkan agar tidak mengecewakan harapan Tun Dr. M ini. Tugas dan tanggungjawab ini diletakkan diatas bahu bukan sekadar pemimpinnya, tetapi seluruh jentera yang sedang bertugas. Sesungguhnya kemenangan yang bakal dikecapi nanti juga adalah kemenangan buat semua. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.