Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Walaupun dalam laporan, Menteri Besar Kedah ini seolah - olah sedang membidas kenyataan TPM. Tetapi jika ianya dilihat dalam spektrum yang lain beliau turut menyindir media yang pro pembangkang.
Azizan Abdul Razak menyifatkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai sengaja mencari publisiti murahan. Tan Sri Muhyiddin sebelum ini telah menasihatkan Kerajaan Negeri agar tidak lepas tangan dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir.
Sebelum ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga turut menyelar tindakan 'lembab' kerajaan negeri dalam menghulurkan bantuan. Kenyataan tersebut dibidas oleh ADUN Pokok Sena, Mahfuz omar sebagai melampau.
Azizan bagaimana pun menyatakan TPM dan Shahrizat hanya turun selepas tujuh hari bencana berlaku. Air banjir sudah surut dan sebahagian mangsa sudah pun pulang ke rumah masing - masing.
Secara tidak lansung, Semut lihat kegagalan media pro pembangkang yang membuat liputan mengenai bencana di Kedah ini. Jika benar Kerajaan Negeri dan JK Bencananya membuat kerja, adalah wajar bagi pihak media mereka membuat liputan.
Seperti mana yang didakwa oleh Datuk Phahrolrazi Zawawi:
"Yang menjadi masalah adalah media yang tidak membuat liputan untuk kerajaan negeri," kata beliau.
Jadi kenapa nak salahkan TPM kerana mendakwa mereka tidak buat kerja? Kenapa mereka tidak menggunakan sepenuhnya pihak - pihak media yang senantiasa melambung - lambung mereka dalam dunia siber ini? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.