Selasa, November 30, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kalau mengata orang, memang sedap sangat rasanya. Tapi pernahkah mereka melihat ke dalam diri mereka sebelum mereka mengucapkan sebarang kata - kata?

Bagi Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar beranggapan Ketuanan Melayu hanya dipergunakan dan menjadi alat bagi segelintir orang sahaja.

Beliau turut menegaskan bahawa Melayu hanya akan jadi tuan jika pemimpinnya bermaruah dan maruah orang Melayu adalah Islam.

Jelas beliau, UMNO hanya bertindak mempertahankan Ketuanan Melayu hanya untuk mengekalkan kuasa mereka dan memugarkan kembali kepercayaan Melayu kepada parti itu.

Kononnya, dengan menyedari hakikat itu, PAS membawa pendekatan dakwah agar orang Melayu bermaruah dengan Islam.

Cuba kita soal dia pula. Berapa bayaran yang beliau terima setiap kali mengadakan ceramah? Dari mana datangnya duit itu semua kalau bukan dari derma orang ramai yang hadir di majlis ceramah itu.

Jelas, secara terang - terangan beliau sendiri ambil duit rakyat dan gunakannya untuk kepentingan sendiri. Mana maruah beliau? Lagi nak tuduh dan dakwa orang lain makan duit rakyat? Lagi nak tuduh orang lain jadi pencuri?

Cuba kita panggil dia buat ceramah dan tak perlu bayar lansung. Mahu ke tidak dia datang? Ini yang dikatakan pemimpin bermaruah dengan Islam?

Cermin - cermin lah diri sikit. Jangan kata dulang paku serpih. Mengata orang diri sendiriyang lebih. Hakikatnya, kenyataan beliau dalam Harakah Daily ternyata membuktikan beliau sendiri buta perlembagaan.

Dengan menganggap bahawa Ketuanan Melayu itu hanya satu alat bagi sesetengah pihak, maka beliau juga turut melibatkan Raja - Raja Berpelembagaan turut terlibat sama.

Nasihat Semut, bawak - bawaklah baca buku Perlembagaan Persekutuan dan cari maksud Ketuanan Melayu itu dulu. Baru bercakap mengenai Ketuanan Melayu. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

1 ulasan:

  1. Dia mengaji sampai SRP ja, matapelajaran Sejarah mana masuk lagi Tajuk Perlembagaan waktu SRP.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping