...Adakah ini rupa pejuang sebenar???...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Ini masalah pemimpin hari ini. Macam mana nak dijadikan sebagai contoh untuk masyarakat jika mereka sendiri pun tidak tahu menjaga diri? Mengata orang sahaja lebih, tetapi sedikit pun mereka tidak menilai diri sendiri, tidak memuhasabah diri.
Mansor Othman, Pengerusi PKR Negeri Pulau Pinang hari ini menyifatkan bahawa Zaid bukanlah pejuang sebenar. Beliau mendakwa kononnya Zaid tidak dapat menangani tekanan dari anggota parti diperingkat akar umbi.
Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang turut berkata apabila Zaid mendapati peluangnya tipis untuk menang, beliau mula menarik diri. Kononnya Zaid tidak mendapat sokongan dari peringkat akar umbi dengan memberikan isyarat beliau akan kalah.
Soalan Semut, adakah Mansor Othman ini seorang pejuang yang sebenar? Apa sumbangan yang telah beliau berikan kepada rakyat di Pulau Pinang tatkala mereka merayu untuk dibela? Adakah Mansor Othman merupakan individu yang berjuang membantu penduduk Melayu Pulau Pinang ketika Kerajaan Negeri tidak mengendahkan soal kebajikan mereka?
Jangan jadi paku dulang, paku serpih. Mengata orang diri sendiri yang lebih. Adakah begini sikapnya seorang pemimpin yang dipilih rakyat? Adakah beliau rasa dirinya sudah begitu baik dan sempurna? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Aku rasa di ni lebeh terok lagi dari Zaid, cakap saja pandai kerja tak tera mana pun, apatah lagi dalam membela nasib Melayu Pulau Pinang.
BalasPadamKalau setakat nak jadi penumpang Bas saja tak payahlah cakap hal orang lain....!!