Ahad, November 28, 2010

...Jangan Jadi Dulang Paku Serpih...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Semalam, dalam ucaptama Presiden PKR, Wan Azizah menyatakan bahawa beliau tidak akan meneruskan konsep Ketuanan Melayu.

Beliau berikrar untuk tidak meneruskan konsep tersebut supaya golongan muda kaum itu dapat membesar dengan maruah.

Kata beliau, konsep itu hanya slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu untuk memperdayakan demi kepentingan diri sendiri.


Mungkin Wan Azizah lupa bahawa suaminya juga seorang yang sangat kuat memperjuangkan Ketuanan Melayu dahulu. Cuma selepas 'dibuang' dari barisan kabinet, baru beliau rasa ketuanan Melayu itu tidak sesuai?

Jelas sifat hipokrit Anwar sudah diwariskan kepada Wan Azizah dan mempergunakannya untuk memperdaya demi kepentingan diri sendiri.

Dan bagi beliau, semua anak Melayu yang lahir sebelum ini semuanya membesar tanpa maruah termasuklah diri beliau serta keluarganya sendiri. Tidak bermaruah belaka.

Nasihat Semut, kalau ye pun nak menjayakan visi bangsa Melayu bermaruah, jelaskan kepentingan bangsa Melayu itu kepada Nik Aziz dulu sebelum mengaplikasikannya kepada masyarakat. Jangan cuba jadi ketam ajar anak berjalan sudah lah. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. tanpa ketuanan melayu azizah tak akan dapat dr...pilah...

    BalasPadam
  2. ketuanan melayu penting.... benda nie aku da stady kt U..subjek hubungan etnik. orang yg x pham msti kter x penting..aku rasa azizah tu pun .. x nak ckap macm tu.. tp da laki dia suruh.. aku percaya dalam lubuk hati dia da nmpak kesilapan suami dia.. tp nak wat camne .. da anwar suami dia... aku leh cakap MElayu yg sokong ketuanan melayu dihapuskan memang BODOH...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping