Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Hipokrit dan penipu rakyat. Itulah hakikat dan wajah sebenar puak - puak Pakatan Pembangkang ini.
Mereka dakwa kononnya mereka lebih prihatin terhadap rakyat. Maka bermacam - macam tohmahan, caci cerca dan makian yang mereka lemparkan berikutan kenaikan harga barang terutama harga minyak.
Siap mahu naikkan kain rentang dan sebagainya. Itulah saranan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.
Beliau turut menyeru seluruh jentera Penerangan Pakatan Pembangkang itu agar bangkit untuk menimbulkan kesedaran politik dikalangan rakyat terutama kepada mereka yang tidak banyak menggunakan media baru.
Jelas pendirian dan perjuangan mereka penuh dengan sifat HIPOKRASI secara terang - terangan. Kenapa beliau tidak bercerita mengenai kenaikan Harga Air di Kedah?
Sepertimana yang kita tahu, Kedah adalah Negeri dibawah jajahan PAS. Kenapa mereka tidak mendedahkan mengenai perkara ini? Malah tarif air baru Negeri tersebut meningkat 100%.
Adakah ini yang dikatakan perjuangan untuk rakyat? Di mana slogan Negeri Kebajikan mereka selama ini? Bukankah ini juga satu jenis kezaliman terhadap rakyat?
Janganlah terus menipu rakyat. Jangan cuba mengaburi mata rakyat dengan menumpukan kepada satu perkara sahaja. Lihat diri sendiri dahulu.
Kepada Idris Ahmad, Islam tak mengajar kita menipu. Jangan jadi manusia Hipokrit. Jangan jadi dulang paku serpih, mengata orang diri sendiri lebih. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
mereka suka hidup dlm kepura2an. alim mrk luaran. hati di dlm penuh kepalsuan. kuasa dunia yg sebenarnya mrk hajatkan...itu saja!!!
BalasPadam