Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Inilah hakikat dan bukti jelas bahawa mereka gagal mengimplimentasikan Islam secara keseluruhannya.
Menteri Besar Kelantan mahu Pihak Berkuasa Tempatan mengutamakan aspek kebersihan ke arah menjadikannya sebagai Perbandaran Islam.
Ia juga selaras dengan kehendak Kerajaan Negeri menaik tarafkan semua PBT yang ada didalam Negeri Kelantan tidak lama lagi.
Kenyataan tersebut dibaca oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd Nasuruddin Daud di Ketereh hari ini. Laporan Bernama.
Sudah 20 tahun mereka memerintah Negeri, kenapa masih perlu mengingatkan PBT mengenai perkara ini?
Hanya semata - mata mahu menaik taraf PBT setempat, baru mereka mahu mengimplimentasikan dan mengutamakan kebersihan?
Bukankah kebersihan itu adalah diantara perkara wajib yang mesti dilakukan oleh setiap umat Islam? Jadi kenapa sebab mahu menaik taraf PBT, baru sibuk suruh mengutamakan aspek kebersihan ini?
Selama ini, tidak bersihkah Kelantan? Apa ertinya perjuangan Islam jika perkara ini pun mereka gagal laksanakan? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
salam pekenalan...sy telah baca blog anda dan telah link kan ke blog sy...saya harap anda dapt link kan blog sy di blg anda..
BalasPadamhttp://malaydelima.blogspot.com/
terima kasih sama2 la kita berjuang