Ahad, Disember 05, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Satu lagi bukti kukuh dan jelas kegagalan Menteri Besar Selangor itu mentadbir Kerajaan Negeri Selangor sehingga terpaksa meminta campur tangan pihak Istana Negara.

Menurut 'Bekas' Ahli Malis Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shaharin, perhimpunan itu tetap akan diadakan kerana wakil Istana Negara telah memberi 'Lampu Hijau' untuk menerima memo berkenaan.

Walaubagaimana pun, beliau percaya pihak Polis akan menjadikan alasan demonstrasi oleh kumpulan anti-Pakatan bagi mengagalkan perhimpunan tersebut.

Perhimpunan di Masjid Negara itu kononnya akan disertai oleh ribuan rakyat berpakaian merah sebagai tanda meluahkan rasa tidak puas hati mereka mengenai cadangan kenaikan tarif air di Selangor.

Ia akan diketuai oleh Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim sendiri.

Sudah terang lagi bersuluh. Kepimpinan Menteri Besar Selangor itu akan terus diragui kerana jelas beliau gagal menyelesaikan masalah itu diperingkat Kerajaan Negeri.

Inilah contoh pemimpin yang tidak mempunyai kredibiliti dalam kepimpinan. Bagaimana beliau boleh dipilih menjadi Menteri Besar jika masalah Air pun beliau tidak mampu selesaikan sehingga terpaksa meminta campur tangan luar?

Adalah jelas bahawa Khalid Ibrahim sebenarnya menconteng arang kemuka sendiri. tidakkah rakyat sedar akan perkara ini atau mereka telah dibutakan dengan dakyah - dakyah pembohongan berterusan pihak pembangkang? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. eceheh~~~~
    air kat p. pinang naik, xder demo ker?

    panji perak

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping