...Ini Maksud Kedaulatan Islam???...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Tanda soal dihujung kenyataan yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS itu wajar dijadikan tanda tanya dan akan dijelaskan kemudian.
Mursyidul Am PAS itu menyatakan bahawa 'Ketuanan Islam' lebih penting dari 'Ketuanan Melayu' yang digembar - gemburkan oleh sesetengah pemimpin hari ini.
Nik Aziz berkata, pihak yang menggunakan Ketuanan Melayu sebagai sumber perjuangan akan mengakibatkan bangsa lain ingin menuntut hak yang sama.
Maka sudah jelas bahawa Menteri Besar Kelantan itu sendiri tidak faham tentang maksud Ketuanan Melayu itu. Tidak faham atau sengaja tidak mahu mengambil tahu?
Jika benar beliau ingin menyatakan bahawa Ketuanan Islam itu lebih penting, kenapa beliau beria - ia benar menyokong cadangan Anwar Ibrahim melantik Lim Kit Siang sebagai TPM?
Jika beliau dan anggota PAS lain benar - benar mahu Islam itu didaulatkan, kenapa pilih bukan Islam sebagai pemimpin nombor dua Malaysia? Apa sudah ketandusan sangat ke pemimpin Islam dalam Malaysia ni?
Jelas, pendirian dan perlaksanaan 'Tok Guru' ini berbelit - belit. Dengan orang ni dia cakap lain, dengan orang ni dia cakap lain pulak. Masih layakkah beliau digelar sebagai Tuan Guru? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.