Jumaat, Disember 10, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Beberapa minggu yang lalu, tercetus insiden dimana Ayat Suci Al - Qur'an sekali lagi disalah-gunakan untuk kegunaan politik oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Tafsir ayat yang salah telah diberikan oleh salah seorang pemimpin PKR bukan beragama Islam dalam Kongres parti itu telah mengundang rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat Islam di Malaysia.

Maka kita juga dapat menyaksikan beberapa siri demonstrasi dan penyerahan memorandum bantahan terhadap isu tersebut.

Malah tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah menasihati dan melarang mana - mana pihak mempergunakan sewenang - wenangnya ayat suci Al - Qur'an dalam politik.

Nasihat Semut pula, kepada mereka yang beragama Islam, Bacalah Al - Qur'an itu setiap hari kerana jelas ia adalah tuntutan pertama yang diwahyukan Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W. dalam Surah Al - Iqra'.

Sesungguhnya, Al - Qur'an adalah kitab yang penuh hikmah dan petunjuk untuk seluruh umat manusia dan merupakan mukjizat yang dijamin terpelihara sehingga hari akhirat.

Maka marilah kita sama - sama memuhasabah diri dan merenung kembali. Setakat mana kita sebagai umat Islam sendiri benar - benar kenal setiap ayat dan erti malah hikmah yang dimiliki dalam Al - Qur'an itu sendiri?

Oleh yang demikian, soalan yang mudah yang perlu dijawab oleh kita sebagai umat Islam ialah: Bacalah, kalau bukan kita, siapa lagi? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping