...Katakan TIDAK Kepada PKR!!!...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Nampak gayanya, kepincangan dan konflik dalaman yang sedang berlaku dalam PKR hari ini membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Liputan yang dibuat oleh media mengenai krisis ketika pemilihan parti itu bulan lalu memberi kesan yang ketara terhadap keyakinan rakyat kepada PKR dan si Ketua Penipu itu secara umumnya.
Menurut bancian yanng dijalankan di Kuala Lumpur dan Selangor, 52% dariapda 1124 responden menyatakan konflik dalaman telah menghakiskan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Anwar.
Manakala 49 % dari mereka pula menyatakan pendapat bahawa mereka mula berasa kecewa dengan PKR secara keseluruhannya.
Jika diikutkan trend itu, 43% pula berkata perkembangan tersebut akan mempengaruhi keputusan mereka sama ada untuk mengundi atau tidak PKR dalam PRU akan datang.
Responden berkenaan disoal oleh Pusat demokrasi dan Pengajian Pilihanraya UM dan dijalankan pada November yang lalu.
Mereka termasuk dari kalangan pengundi - pengundi di kerusi yang turut dikuasi PKR termasuk Ampang, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.
Jelas, kesedaran rakyat sudah semakin terbuka dan mereka sudah mula dapat mencelikkan mata dari terus dibuai mimpi indah si Ketua Penipu itu.
Walaubagaimana pun, usaha untuk menyedarkan rakyat terhadap dakyah palsu dan pembohongan secara istiqomah yang dilakukan mereka akan tetap diteruskan.
Semut ucapkan tahniah kepada rakyat yang sudah sedar akan hakikat dan sifat sebenar pemimpin Pakatan Pembangkang ini dan semoga Allah memberi hidayah kepada kalian. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.