Sabtu, Disember 18, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Seawal pagi tadi, Semut terima kiriman email dari sahabat Semut yang berada di Bentong. Email tersebut adalah mengenai siri Gelabah Anwar yang diadakan disana malam semalam.

Seperti yang dapat diramalkan sebelum ini, Anwar menjadikan isu beliau digantung daripada menghadiri sidang Parlimen merupakan diantara topik siri tersebut.

Beliau menyatakan tindakan Speaker itu menunjuk bahawa terdapat 'tangan ghaib' dari 'kerajaan langit' dalam membuat keputusan tersebut.

Katanya, beliau tidak diberi peluang lansung untuk mempertahankan diri dengan bukti yang ada padanya. Diantara bukti yang dibawa bersama pada malam itu ialah surat dari Kerajaan Israel kepada Kerajaan Malaysia.

Namun beliau tidak membaca isi kandungan surat tersebut sepenuhnya, tetapi hanya menyatakan ianya dari syarikat yang ada kaitan dengan Apco. Kononnya beliau mendakwa akan menyebarkan surat tersebut kepada umum dan akan menyiarkannya dalam blog beliau.

Beliau juga turut membezakan kedudukan pembangunan dalam Malaysia yang dikatakan jauh ketinggalan dengan Negara Jiran termasuk Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia. Beliau membanggakan pembangunan dan terutamanya pertumbuhan ekonomi negara - negara itu tidak pula menyatakan hasrat untuk berpindah ke mana - mana negara yang disebutkan.

Menjelaskan mengenai isu WikiLeaks, beliau menyatakan jawapan kepada pemberita agar mereka bertanya kepada Lee Kuan Yew mengenai perkara tersebut sama ada benar atau tidak.

Beliau juga turut mengecam tindakan akhbar tempatan yang sengaja mensensasikan pendedahan mengenai isu liwat beliau sahaja dan menutup perkara lain. Namun, sekali lagi beliau tidak menyatakan sama ada pendedahan itu benar atau tidak.

Yang menarik perhatian Semut ialah apabila beliau menceritakan kepada hadirin mengenai keperibadian Umar Abdul Aziz dan kaitkannya dengan Lim Guan Eng. Katanya, beliaulah yang memperkenalkan Khalifah Umar Abdul Aziz kepada LGE tatkala Ketua Menteri Pulau Pinang itu bertanya kepada beliau.

Sampai disitu sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa dalam siri tersebut semuanya tipu helah beliau belaka.

Mana tidaknya. Lim Guan Eng diperkenalkan kepada Umar Abdul Aziz ketika beliau meringkuk dalam tahanan ISA.

Buku biodata mengenai Umar Abdul Aziz itu adalah hadiah yang diterimanya dari Allahyarham Ustaz Fadhil Noor sewaktu melawat LGE sekitar tahun 2000. Kisah itu diceritakan sendiri oleh Mat Sabu suatu ketika dahulu seawal pemerintahan LGE di Pulau Pinang.

Tipu helah Anwar ini dikatakan akan berpanjangan kerana beliau ada masa 6 bulan untuk menjelajah ke seluruh Negara. Bukannya hendak digunakan masa 6 bulan itu bagi menyelesaikan kes beliau di Mahkamah. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

2 ulasan:

  1. Tipu; kelentong; kecek; cong; lebong; temberang; itu semuanya bohong belaka. Semua perkataan itu boleh dirumuskan dalam satu istilah sahaja. Iaitu Anwar yang MOKHTAR.

    BalasPadam
  2. Ramaikah yang pergi mendengar cemarut peliwat itu? Kalau ramai maknanya rakyat malaysia ini dah rosak akhlaknya, dah hitam hatinya, dah tertutup mata lendirnya krn masih mempercayai kata2 cemarut penjubor itu..............ishishish mcm mana nak perubat ini?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping