
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dalam kekalutan laporan lewat petang tadi, ADUN Merlimau, YB Datuk Mohamad Hidhir Bin Abu Hassan, 54 tahun telah disahkan meninggal dunia.
Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Putra kira - kira jam 8.10 malam tadi.
Laporan tersebut telah disahkan oleh doktor yang merawat Mohamad Hidhir, Datuk Dr. Suhaimi Mohd Uda Tenang.
Ketika ini, Datuk Seri Mohd Ali Rustam masih berada dihospital sebelum membuat pengumuman mengenai perkara tersebut.
Difahamkan bahawa jenazah akan dibawa ke rumah beliau di Kampung Tersusun, Lipat Kajang, Merlimau Melaka malam ini.
Semoga Allah merahmati roh beliau dan ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman. Kepada keluarga Allahyarham diharapkan dapat bersabar dan tabah serta redha dengan ujian Allah S.W.T ini.
Sesungguhnya, dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps; Info daripada Utusan Malaysia.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.