Khamis, Januari 20, 2011

...Sejauh Mana Dakwah Islamiah Yang Dah Di Bawa Oleh Beliau???...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Ini bukan soal mengenai lesen arak dan sebagainya. Tetapi ianya isu kebiadapan ADUN dari DAP ini terhadap isu sensitif berkaitan dengan umat Islam di Selangor.

Sekali lagi, apabila isu yang membabitkan umat Islam, Ronnie Liu mula menunjukkan belangnya yang sebenar.

Beliau tanpa berlengah bertindak mempertikaikan langkah MPSJ menyediakan garis panduan yang selari dengan Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Pendedahan mengenai hal tersebut didedahkan oleh sebuah portal berita yang memetik kata - kata Pegawai MPSJ, premis perniagaan yang gagal mematuhi larangan tersebut akan dikenakan tindakan atau lesennya ditarik balik.

Setelah mengesahkan laporan tersebut, Ronnie Liu menggesa Yang DiPertua MPSJ menarik balik syarat larangan tersebut dalam tempoh 24 jam.

Larangan tersebut katanya tidak praktikal selain mendakwa kononnya beliau prihatin terhadap pekerja Islam yang bakal hilang pekerjaan.

Tindakan yang sama juga diambil oleh Exco Kanan, Teresa Kok, Pengerusi DAP Selangor yang turut mendesak agar larangan tersebut ditarik balik.


Adakah mereka berdua ini individu yang dimaksudkan oleh Khalid James Samad sebelum ini? Kalau benar, kenapa beliau sendiri tidak mengambil tindakan?

Buatlah demo depan pejabat mereka seperti yang dibuat di hadapan Pejabat SUK tempoh hari. Apa, takut ke? Sesama Islam berani. Dengan bukan Islam? Senyap kenapa?

Begini caranya beliau hendak memperjuangkan Islam? Sekadar cakap mulut sahaja bolehlah. Berani dengan Islam sahaja. Tapi dengan yang lain takut pula. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping