
'...Huish! Bedebat Dengan Ahli Sendiri? Mana Boleh..."
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Akibat mencabar si Ketua Penipu Rakyat semalam, hari ini bekas Bendahari PKR Selangor, K.S. Kotappan telah dipecat keahliannya yang berkuat kuasa semalam.
Kotappan berkata, beliau menerima surat pemecatan tersebut kira - kira jam 7.33 petang semalam melalui e-mail dari pejabat Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
E-mail tersebut walaubagaimana pun tidak menyatakan sebab beliau dipecat tetapi hanya merujuk perkara 29 (1) (2) Perlembagaan parti sahaja.
Beliau diberi peluang untuk membuat rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pemecatan, namun bertegas untuk menolak tindakan sedemikian.
Nampak sangat si Ketua Penipu itu takut kepada kebenaran. Buat sekian kalinya, demi mengelak diri dari bersemuka, tindakan pengecut seperti ini diambil.
Jelas, kredibiliti beliau yang sebelum ini cukup hebat dipentas ceramah kian terhapus ekoran tindakan bacul yang ditunjukkannya.
Lagi beliau nak berdebat dengan PM? Nak berdebat dengan ahli sendiri pun takut, ada hati nak ajak orang lain berdebat? Pemimpin macam ni pun mereka nak bangga sangat? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

MASOK balik JIN tu dalam BOTOL dah tu campak dalam perigi buta ke .atau tanam aja le
BalasPadam