Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kalau si Ketua Penipu rakyat itu ada maruah, sudah tentu tindakan Bekas Ketua Pembangkang Selangor ini akan memberi tamparan hebat buat beliau.
Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata beliau telah memulangkan sementara pingat Darjah Kebesaran Negeri Selangor yang membawa gelaran 'Dato Seri'.
Bekas Menteri Besar itu menulis dalam blog beliau bahawa tindakan itu diambil selepas beliau dihadapkan ke Mahkamah berhubung tuduhan rasuah.
Katanya, beliau telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor bagi memaklumkan perkara tersebut dalam bulan Disember yang lalu.
Semalam Dewan DiRaja Selangor telah memperkenankan pemulangan sementara itu bagi pingat Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S).
Ini baru betul seorang yang taat setia kepada Sultan. Bukan macam Khalid Ibrahim dan pemimpin lain dalam pakatan Pembangkang.
Kata taat setia, tapi dalam hati tak ikhlas. Kalau Anwar berani ambil tindakan sebegini, buat lah. Nak tengok jugak. Sejauh mana beliau sanggup menyerahkan pingat dan pangkat yang beliau miliki hari ini.
Tapi sayang. Anwar tidak ada maruah untuk ambik langkah seperti ini. Maruah keluarga pun dia tak mampu nak pertahankan. Inikan pula maruah diri sendiri. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
"... apabila diri patik pacal yang hina ini telah bersih dari sebarang pertuduhan yang jijik itu kelak; terpulanglah kepada pertimbangan bijaksana DYMM Tuanku untuk membuat keputusan yang hak atas diri Tuanku itu..." Ampun Tuanku ....
BalasPadamTindakan Toyol sebenar nya menghina Tuanku sultan. Seolah olah si Toyol bolih membuat keputusan sendiri sama ada nak simpan dia simpan dan nak pulangkan dia pulangkan dan 'temporary' pemulangan pun ada.
BalasPadamAduh! biadap sekali manusia ini kerana langsung tidak menghormati Istana.
Terlalu pendek pemikiran mamat UMNO ini... tidak melihat implikasi yang lebih jauh terhadap persepsi anugerah tersebut dan ini adalah satu penghinaan.
KAlau nak pulangkan pun kenapa mesti di gembar gemborkan! sedih nya pemimpin Melayu sebegini!
Sebab dia sedar dia memang manusia hina.Dia ingat kalau pulangkan pingat dosa boleh terhapus?
BalasPadam