Khamis, Januari 13, 2011


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Bukanlah sesuatu yang baru buat Pesuruhjaya PAS Selangor itu jika beliau diberikan amaran oleh pucuk pimpinan PAS atas tindakan beliau. Sudah banyak kali.

Dulu Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor ini pernah mengeluarkan arahan merampas arak dan mengharamkan penjualannya dikawasan majoriti Melayu Islam.

Namun beliau terpaksa menyerahkan semula arak yang dirampas atas desakan Ronnie Liu dan disokong oleh beberapa pemimpin PAS yang lain.

Selepas itu beliau turut diberi amaran mengenai isu Perpaduan Ummah kerana didakwa telah pergi bertemu dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani.

Terbaru, Datuk Dr. Hassan Ali di'ingat'kan agar mematuhi pendirian yang dibuat PAS Pusat berkenaan isu lantikan SUK Negeri oleh anak Pak Ali yang sorang ni.

Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS semalam memberikan ingatan kepada pemimpin PAS Selangor agar tidak bertindak bertentangan dengan keputusan parti.

Alahai, nampak sangat PAS kini sudah semakin hilang arah. Mustafa Ali lupa agaknya, pendirian Islam adalah untuk menegakkan kebenaran. Bukan sebaliknya.

Salahkah bagi Dr. Hassan Ali mencari jalan yang lebih rasional dengan duduk berbincang secara aman untuk mengatasi kemelut yang berlaku di Selangor?

Bukankah Islam menutut kita duduk berbincang secara muzakarah dalam menghadapi sebarang masalah dan isu? Nak pulak yang kita berhadapan itu juga seorang Muslim yang diyakini.

Atau adakah PAS mahu menjadi puak Islam yang ekstrim dengan hanya tahu berbalah sesama Umat sahaja? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping