Jumaat, Januari 21, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Mengulas mengenai calon yang dipilih bagi mewakili Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang menjelaskan dua perkara.

Mengikut Datuk Seri Najib Tun Razak, calon yang dipilih bagi PRK tersebut, Mohd Azhar Ibrahim amat sesuai untuk menjadi wakil rakyat dikawasan itu.

Perdana Menteri berkata demikian kerana Mohd Azhar mempunyai pengalaman luas, kelulusan dan latar belakang keluarga yang cukup baik untuk berkhidmat kepada pengundi.

Perkara kedua yang dapat dilihat dengan jelas ialah mengenai kredibiliti Barisan Nasional dalam mempersiapkan pemimpin pelapis dari kalangan orang muda tempatan.

Mohd Azhar dilaporkan merupakan anak tempatan Labis yang dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai latar belakang politik yang kuat.

Tidak seperti PAS yang terpaksa memilih calon dari luar yang hanya bertugas dikawasan tersebut sebagai kambing hitam mereka.

Jelas, berlaku ketirisan dari segi kepimpinan dikalangan Pakatan Pembangkang pada ketika ini sehingga terpaksa mengambil orang luar menjadi calon.

Apa, takde orang tempatan ke yang layak untuk dijadikan pemimpin bagi rakyat dikawasan tersebut sampai kena ambil ' pemain import'? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping