Jumaat, Januari 21, 2011

"...Ambo Buat Tak Po. Demi Agama..."

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Jam lapan pagi tadi, Semut dah siarkan Bahagian Satu mengenai perangai pelik Mursyidul Am PAS ini.

Dalam bahagian kedua ini, juga merupakan kesinambungan kepada bahagian satu dimana rakyat perlu tahu sikap dan pe'el pelik Menteri Besar Kelantan ini.

Dulu, beliau pernah menyatakan kepada semua pemimpin dan calon dari Parti Angguk Saja (PAS) agar tidak meminta - minta untuk dijadikan calon serta pemimpin rakyat.

Beliau mengukuh pendirian tersebut dengan memberi contoh Sirah Sahabat Rasulullah S.A.W yang datang meminta kepada Baginda untuk dijadikan Gabenor sebuah daerah dan Baginda S.A.W menolak permintaan tersebut.

Namun, yang peliknya kenapa Nik Aziz tidak pula bertindak menasihatkan Anwar mengenai perkara yang sama?

Bukankah si Ketua Penipu beria - ia hendak merealisasikan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia? Malah dalam setiap ceramah diulang - ulang perkataan yang sama.

Jadi apa bezanya Anwar dengan pemimpin - pemimpin PAS yang lain? Terkecualikah Anwar dalam hal ini?

Jelas sekali lagi Nik Aziz termakan ayatnya sendiri hanya semata - mata kerana sifat marah dan dendam terhadap UMNO/BN hingga sanggup melakukan apa sahaja.

Termasuk mengingkari kata - katanya sendiri. Inikah contoh pemimpin yang menobatkan dirinya sebagai Tok Guru dari sebuah parti yang memperjuangkan Islam? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping