Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kalau bercerita tentang perkara lain, bagai nak runtuh gunung mereka bersuara. Tetapi apabila didesak untuk menjelaskan kebenaran, mereka diam membisu sahaja.
Itulah diantara sifat - sifat retorik pemimpin Pakatan Pembangkang yang perlu diperjelaskan kepada umum.
Biar mereka tahu bahawa puak - puak itu tidak berpegang kepada kebenaran. Malah dakwaan dan cabaran yang dilemparkan kepada mereka terus senyap sahaja.
Seperti isu Buang Salib yang ditimbulkan oleh Teresa Kok. Jelas ianya tidak ada bukti kukuh, tetapi kenapa beliau tidak mahu memohon maaf atas kesilapan itu?
Dakwaan terhadap ADUN Selinsing yang dikatakan 'berkhalwat' masih juga tidak ada sebarang laporan dan aduan Polis dilakukan.
Jangan cerita mengenai Kak Wan, Presiden PKR itu. Cabaran beliau sendiri pun tak terbuat. Inikan pula hendak menyahut cabaran orang lain.
Kenapa beliau masih tidak bersuara terhadap dakwaan yang dibuat terhadap suaminya? Sama ada pertuduhan oleh Datuk Nallakarupan mahupun pendedahan oleh Ummi Hafilda.
Kenapa beliau kekal berdiam diri? Adakah ian benar atau mereka sengaja mahu terus menipu rakyat? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.