Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Takut, gentar, atau sekadar retorik? Mana satu perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan pendirian PAS dalam Pakatan Pembangkang?
Agsk pelik juga apabila sebuah parti yang majoritinya Melayu itu masih lagi bertanding hanya dalam kawasan Melayu sahaja.
Bukankah sebelum ini mereka sendiri menyatakan bahawa PAS sudah boleh diterima oleh semua orang dan semua kaum?
Jadi, kenapa tidak mereka bertanding di kawasan yang Melayu sebagai minoriti? Cuba bertanding dikawasan ramai Cina, tengok boleh menang ke tidak?
Cabaran tersebut pernah keluar dari mulut Pengerusi DAP Pahang, YB Leong Ngah Ngah dalam ceramahnya.
Beliau mencabar MCA memberi laluan kepada UMNO bertanding dikawasan majoriti Melayu untuk membuktikan sama ada boleh menang atau tidak.
Mereka pun sebenarnya dua kali lima sahaja. Cuba bagi kerusi DUN Triang yang disandang beliau kepada PAS. Kita tengok, boleh menang ke tidak. Kalau tidak kenapa PAS beria - ia mahu memantapkan jentera hanya untuk menghadapi cabaran dari UMNO?
Jangan hanya retorik bila berbicara. Tetapi perlaksanaannya tidak pula mampu mereka lakukan. Buktikan bahawa mereka sudah diterima semua. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.