Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Spekulasi mengenai pertemuan diantara Mursyidul Am PAS, Nik Aziz dengan Perdana Menteri, DS Najib serta Yang DiPertuan Agong baru - baru ini didakwa ada agenda tersembunyi.
Walaubagaimana pun, Menteri Besar Kelantan itu menyatakan bahawa pertemuan itu tidak ada kaitan dengan agenda politik.
Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian berhubung pertemuannya dengan Yang DiPertuan Agong baru - baru ini.
Nik Aziz turut menyeru agar semua pihak sama ada media atau individu supaya tidak mengaitkan istana dengan pergolakan politik Negara.
Adalah wajar bagi Menteri Besar Selangor menerima seruan yang diingatkan oleh Mursyidul Am PAS itu agar tidak melibatkan pihak Istana dalam pergolakan politik mereka.
Tapi kalau mereka pun enggan dengar nasihat Mursyidul Am PAS itu, apatah orang lain yang lansung tidak ada hubungan dengan Nik Aziz? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.