...MB Ada Udang Di Sebalik Batu Ke???...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Isu kemelut lantikan Setiausaha Kerajaan negeri Selangor berlanjutan apabila Menteri Besar Selangor itu terus mendesak untuk mengadakan Sidang DUN tergempar.
Sidang itu katanya akan membawa usul cadangan agar pindaan perlembagaan Selangor bagi memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri dan Sultan untuk melantik tiga jawatan utama.
Ianya boleh dilakukan secara retrospektif atau dikebelakangkan, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Walaubagaimana pun, spekulasi terkini mengenai penentangan mati - matian si Khalid Ibrahim itu ada agenda tersediri.
Persoalan pokoknya, kenapa Kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim ini begitu takut dengan lantikan Datuk Khusrin sebagai SUK yang baru?
Penentangan Khalid serta gerombolan konco - konconya seakan - akan mempunyai sesuatu yang hendak disembunyikan dan mereka tidak mahu Khusrin mengetahui mengenainya.
Adakah mereka khuwatir dengan lantikan itu, semua tembelang mereka akan pecah dan diketahui ramai? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.