Sabtu, Januari 08, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Respon lewat 8 hari dari pemimpin PAS Kelantan mengenai penganjuran konsert sempena tahun baru boleh dilihat sebagai satu kelemahan dalam pentadbiran Kerajaan parti tersebut.

Mereka memberi respon terhadap dakwaan Pengerusi UMNO Negeri mengenai pendirian PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebagai 'Hangat - Hangat Tahi Ayam' sahaja.

Dalam kenyataan beliau, Nik AmarAbdullah menegaskan, ianya bukan faktor besar oleh mana - mana pihak untuk membuat kritikan tidak berasas terhadap konsert tersebut.

Beliau berkata, Wali Band itu dibenarkan membuat persembahan kerana selari dengan peruntukan yang termaktub dengan enakmen Kerajaan Negeri.


Bukan soal sama ada boleh anjur atau tidak konsert itu. Tetapi prinsip dan perjuangan PAS sebagai parti Islam itu yang dipersoalkan.

Bukan mereka tidak boleh menganjurkan acara lain seperti Forum Perdana Hal Ehwal Islam dan persembahan Nasyid dari kumpulan tempatan.

Soalnya, kenapa mereka tidak membuat acara yang lebih cenderung kepada dakwah Islamiah? Sebaliknya mereka memilih untuk mengikut apa yang mereka kutuk. Tidakkah ironik tindakan tersebut? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping