Sabtu, Januari 08, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Politik Negara heboh dengan isu Menteri yang didakwa merogol pembantu rumah terutama sekali didalam blog - blog tempatan.

Dakwaan yang bermula dengan aligasi dari blog Rocky Bru disahut - sahut oleh blogger tempatan yang lain terutamanya dikalangan puak pembangkang.

Akhirnya, nama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Rais Yatim yang menjadi sasaran.

Walaupun sudah dinafikan oleh beliau, masih banyak spekulasi yang terus bermain didalam laman siber sehingga hari ini.

Turut menarik perhatian ialah kenyataan dari Perdana Menteri yang menyifatkan spekulasi itu hanya dakyah terdesak puak Pembangkang.

Kenapa baru sekarang hendak dibangkitkan sedangkan dakwaan dibuat tahun 2007? Senarionya sama dengan kes ADUN Selinsing yang didakwa berkhalwat dalam Koc Keretapi.

Menurut ADUN Selinsing isu tersebut katanya satu fitnah yang sudah mula dihebahkan sejak Pilihanraya 2004 lagi. Tetapi kenapa tidak ada sebarang laporan Polis yang dibuat?

Seperti ada yang tak kena sahaja bukan? Pasti ada perkara yang masih tidak dijelaskan oleh pihak tertentu mengenai perkara ini. Bila kebenaran akan terserlah? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping