Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Inikah rupa seorang pemimpin yang kecoh suatu ketika dahulu dikatakan orang cukup sempurna dan menjadikan Khalifah umar Abdul Aziz sebagai idolanya?
Hakikat sebenar si Kalipah DAP ini hanyalah seorang ahli Politik yang pandai bermain kata - kata dan bersifat seperti lidah biawak sahaja.
Beliau kembali dengan spekulasi mahu mengambil tindakan undang - undang dan memfaikan saman terhadap Utusan yang dikatakan menabur fitnah terhadap beliau.
Lim Guan Eng telah memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia berhubung satu artikel bulan lalu yang mendakwa beliau seorang anti - Melayu.
Kalau bab beliau difitnah, mahu pula diambil tindakan. Kalau mengenai kebenaran, kenapa beliau masih mendiamkan diri?
Pendirian retorik Ketua Menteri Pulau Pinang ini terserlah kerana masih enggan mengulas atau mengeluarkan kenyataan berhubung isu desakan siasatan terhadap Anwar pada tahun 1997 yang dibuatnya.
Adakah pemimpin berlidah biawak ini layak disamakan dengan Khalifah Umar Abdul Aziz? Jauh panggang dari api! Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.