Khamis, Januari 06, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Adalah difahamkan bahawa ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei telah ditahan oleh pihak Bukit Aman berikutan laporan Polis yang dibuat sebelum ini terhadap beliau.

Laporan yang dibuat adalah berkaitan dengan tindakan beliau menghina keputusan DYMM Sultan Selangor dalam kemleut lantikan Setiausaha Kerajaan Negeri baru - baru ini.

Beliau telah ditahan dirumahnya dan dibawa ke Bukit Aman untuk disoal siasat. Tindakan lanjut terhadap ADUN PKR ini masih belum diketahui.

Diantara laporan Polis yang dibuat kebanyakkannya datang dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Bugis Selangor, PERKASA Klang, GAPS dan Pusat Komuniti Andalas.

Dalam blog beliau jelas memberi gambaran bahawa DYMM Sultan Selangor telah bertindak sewenang - wenangnya tanpa mengambil kira amalan perlembagaan dalam memperkenankan lantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi.

Itu yang dia mahukan sangat. Merasa juga duduk dalam lokap. Kan pepatah lama dah kata, kerana mulut badan binasa. Padan sangatlah dengan muka dia. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Categories: ,

3 ulasan:

  1. PUCAT DAH GIGI DIA... TERGETAK GETAK

    BalasPadam
  2. simpan dia lama lama sikit, suruh dia cakap DAULAT TUANKU 10000x sehari...

    BalasPadam
  3. mohon link kan blog saudara, terima kasih.

    saya yang benar, eekaa @Eekaawordpresscom.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping