Hari ini kebanyakkan blog berbicara mengenai calon Barisan Nasional bagi Pilihanraya Kecil DUN Tenang.
Katanya, susur galur Mohamad Azhar Ibrahim yang cukup mesra dengan panggilan Tok Ai datangnya dari keturunan pengasas kawasan Tenang yang dikenali dengan nama Tok Tenang.
Sebelum ini, Semut pernah membicarakan juga mengenai pencalonan Tok Ai yang dipilih mewakili BN di Tenang ini sebagai simbol bahawa BN tidak ketandusan generasi pelapis.
Malah pemilihan yang dibuat turut menyaksikan bahawa pemimpin setempat juga turut menyahut seruan Transformasi yang dilaungkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum ini.
Dikatakan bahawa bapa saudara Tok Ai yang juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian telah memberi laluan kepada anak saudaranya untuk bertanding.
Ini bukti jelas bahawa semangat Barisan Nasional tetap kukuh dihati pemimpin rakyat dengan memberi peluang kepada pemimpin muda menerajui kepimpinan tempatan.
Tidak seperti Pakatan Pembangkang yang hanya bangga dengan jumlah pengikut yang ramai tetapi tetap memilih calon luar.

Tambah menghairankan, punya ramai penyokong PAS yang menyertai hari penamaan calon semalam, mereka masih memilih wanita sebagai calon.
Apa, dah takde lelaki ke yang mampu jadi pemimpin dikawasan Tenang ini? Dah ketandusan pelapis ke mereka?

Cari lah idea yang bernas sikit utk menulis..setakat beza jantina ni kecik sgt utk perbandingan...abis di kuala sentul tu dh xde lg ke org lelaki utk jadi calon? Setakat nk bagi tajuk posting yg panas utk menarik perhatian pembaca...
BalasPadam