Petugas - petugas PKR didapati sedang menyebarkan risalah di sekitar kawasan Tenang untuk meraih undi bagi calon PAS, Cikgu Mala.
Tapi nampak gayanya isi kandungan risalah itu banyak mendatangkan spekulasi buruk terhadap PAS Kelantan dengan isu Ladang Rakyatnya.
Risalah tersebut mungkin diantara sebab - sebab kenapa Kerajaan PAS Negeri Kelantan sengaja tidak mengagihkan keuntungan Ladang Rakyat kepada rakyat Negeri Kelantan.
Diantara alasan yang diberikan termasuk jaminan pendapatan bulanan hanya RM350 sahaja. Dengan gaji seumpama itu rakyat Malaysia tidak mahu bekerja diladang.
Katanya kebanyakkan pekerja ladang hanya terdiri daripada kalangan warga asing. Mungkin sebab itulah Kerajaan Negeri Kelantan enggan mengagihkan keuntungan Ladang Rakyat kepada rakyatnya sebab terpaksa menanggung gaji pekerja - pekerja tersebut.
Sampai hari ini, kalau ditanya kepada mereka mengenai Ladang Rakyat mesti mereka akan diam dan menyepikan diri. Tidak ada satu pun penjelasan yang diberikan mengenai perkara tersebut.
Mungkin petugas - petugas PKR itu kecewa sebab PAS didapati mula berteduh dibawah logo 1Malaysia sehingga mengakibatkan mereka mengambil tindakan sedemikian?


0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.