...Orang Yang Paling Di Takuti Di Selangor...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Telah disahkan bahawa puak - puak pembangkang ini memang tidak ada kerja lain selain berpolitik 24 jam.
Agama dijadikan bahan politik. Pembangunan sahsiah rakyat dijadikan bahan politik. Masalah sosial pun dijadikan bahan politik.
Bukan hendak membantu menyelesaikan masalah. Mereka hanya tahu mempertikaikannya sahaja. Sampaikan perlawanan bolasepak pun mereka politikkan juga.
Dan jika sesuatu perkara itu tidak ada kena mengena dengan politik, pasti mereka akan tolak sepenuhnya.
Seperti isu logo 1Malaysia yang jelas menekankan aspek Perpaduan sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini tidak lansung berunsurkan politik.
Tetapi Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang sangat takut terhadap Perpaduan, maka mereka menjadikan isu itu sebagai bahan politik juga.
Isu terbaru, lantikan Datuk Mohamed Khusrin Munawi yang jelas beliau menyatakan tidak ada sebarang agenda politik. Itu pun Kerajaan Selangor takut sangat dan turut dijadikan politik.
Kalau dah politik memanjang 24 jam, kerja apa pun tidak boleh selesai. Selesaikan dulu kerja yang ada dan amanah yang diberikan. Bukan berpolitik sahaja yang penting dalam hidup ini. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.