Isnin, Januari 03, 2011

...Dia Ni Ahli Parlimen Ke???...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Apa gunanya jadi pemimpin kalau mereka tidak buat kerja? Mungkin itu persoalan utama yang diketengahkan apabila berbicara mengenai Ahli Parlimen yang jelas memungkiri janji.

Seperti si Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan yang lansung tidak kelihatan dalam kawasan Parlimennya. Jauh sekali beliau nak buat kerja.

Mungkin ada sesetengah orang tidak kenal lansung dengan beliau dan mungkin juga ada yang akan tertanya - tanya, "Dia Ahli Parlimen Ke?"

Terbukti kehadiran pemimpin yang dipilih seumpama ini hanya memusnahkan harapan pengundi dikawasan mereka sahaja.

Namun, rasanya bukan beliau seorang sahaja yang bersikap demikian. Ramai lagi Ahli Parlimen lain juga begitu.

Ada yang banyak menghabiskan masa di Mahkamah kerana beliau hanya tahu memfailkan saman terhadap orang ini dan itu.

Ada juga yang sekadar tahu mendesak orang memohon maaf, tetapi untuk beliau berbuat demikian, kirim salam sahaja lah.

Maka adalah wajar Ahli Parlimen sebegini letak jawatan secara suka rela atau dibuang terus dari menjadi wakil kepada rakyat.

Jelas mereka hanya tahu mengkhianati harapan rakyat yang disandang ke bahu mereka sahaja. Kalau hanya setakat tahu mengoyang kaki, baik tak payah jadi Ahli Parlimen. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping