Pu....nya banyak la kerenahnya dengan musibat sekor ni. Tak paham betul la dengan tabiat dia. Macam - macam benda yang pelik timbul.
Ingatkan sambung perbicaraan kes, tak de la masalah dah. Rupanya, lagi banyak hal pulak yang terjadi sepanjang perbicaraan kes dia ni.
Awal pagi tadi, perbicaraan kes Anwar meliwat telah pun diteruskan. Setelah hampir 50 kali ditangguh, hari ini baru masuk hari kedua selepas cuti umum semalam.
Tapi siapa sangka. Ketika keterangan - keterangan baru dari saksi memberi penjelasan masing - masing, tiba - tiba pulak bekalan elektrik di Mahkamah terputus.
Maka sebab berlakunya kesilapan teknikal itu, Mahkamah menangguhkan perbicaraan kepada pukul dua petang.
Namun, malangnya, kes masih tak boleh diteruskan kerana bekalan elektrik masih tidak dapat disambung semula. Jadi dah tertangguh lagi kes tersebut ke hari esok pulak.
Walaubagaimana pun, pihak pembelaan katanya dapat idea baru untuk mendesak agar kes tersebut digugurkan.
Kononnya si Al - Juburi tu nak tuduhan terhadapnya digugurkan sebab wujud 'bukti baru' berdasarkan kandungan laporan awal proforma.
Si Karpal Singki Pecah yang hadir ke mahkamah hari ini memberi hujah menyatakan bahawa penemuan bukti tersebut menunjukkan tuduhan ke atas anak guamnya itu tidak berasas.
Atas sebab itu, si Karpal Singki Pecah telah meminta Peguam Negara menarik balik tuduhan bagi mengelakkan Negara terus dimalukan lagi.
Nak malu apa lagi? Satu dunia dah tahu kes meliwat yang Anwar terlibat ni. Dah tak sempat dah. Kalau nak kaji malu, si Anwar tu patut dah lama angkat sumpah demi maruah diri beliau sendiri terlebih dahulu.
Sebab tak de rasa malu la dia buat kerja tak senonoh tu. Lepas tu banyak pulak dalihnya nak angkat sumpah. Padahal bukan susah sangat pun kalau benda tu dia betul - betul tak buat.
Dan dalam masa yang sama, sempat pulak si ketua Penipu tu keluar kenyataan berikut:
Dah tentu la ianya satu pendakwaan. Dakwaan ke atas salah laku seks yang dia buat terhadap pembantu peribadinya. Yang dia nak persoal lagi ni apasal? Tak reti bahasa ke?
Ni apa kena - mengena pulak politik dalam kes gejala sosial ni? Ni dah kira salah faham definasi ni. Soal sekarang ni mengenai masalah peribadi. Takde kena mengena lansung dengan politik.
Tapi sebab dunia si Ketua Penipu tu politik je 24 jam, jadi semua benda dijadikan politik. Makan politik, tidur politik, mandi politik, pakai baju politik, semua benda politik belaka.
Sudah - sudah la nak menipu rakyat. Teruskan je kes tersebut. Kalau betul dia tak buat, angkat sumpah, mengaku kata tak buat. Apa susah? Habis cerita. Tak de berbelit - belit.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.